Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
SAAT HATIKU MULA BAHAGIA
Thursday, July 12, 2012 @ 8:07 AM | 0 Comment [s]

         Bismillahhirrohmannirrahim. Aku mulakan entri aku pada kali ini dengan lafaz bismillah. Hatiku aku dahulunya pernah dilukai dengan cinta sang lelaki. Ye, hubungan yang ku bina bersamanya terputus di tengah jalan sedangkan sudah memasuki usia 6 tahun perhubungan. Tidak terlintas di hati ini untuk berdendam dengannya. 3 bulan aku menunggu si dia kembali kepada aku dek kerana aku masih lagi mahukannya disisi ku ini. Namun, apa yang ku harapkan langsung tak memberi manfaat buat diriku. Akhirnya aku pasrah membawa diri sehingga aku muhasabah diriku ini selama 4 bulan dan berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang betul2 menyayangi aku dan sentiasa memberi sokongan buat ku dalam apa jua bidang yang aku ceburi. Ye, saat itu aku sentiasa menangis memohon keampunan kepada ALLAH kerana selama ini aku amat jauh untuk mendekati-NYA. Yang aku tahu hanya bermesej sepanjang masa,melangho sepanjang masa. Niat di hatiku ini untuk membuat perubahan dalam diri sangat lha kuat. Namun, aku tak setabah dan sekuat itu. Aku perlukan teman yang boleh membimbing ku ke arah-Nya.
             Di saat aku memerlukan teman sokongan yang sentiasa berada di sampingku, aku dipertemukan dengan si pemuda yang selama ini aku idamkan. Biarlah aku rahsiakan cara pertemuan kami berdua. Tapi yang penting bukan lha di laman sosial seperti facebook atau twitter. Ini bukanlah cinta muka buku. Tapi cinta pandang pertama si dia terhadap aku. Ye, si pemuda ini melihat muka ku, namun aku sedikit pun langsung tak perasan akan kelibatnya. Ketika itu, aku sedang melawat adik angkat ku di Tahfiz, dan kebetulan si pemuda ini berjalan beriringan bersama kawannya ke asrama. Dan si pemuda ini melihat adik angkat ku bersama ku berada di hadapannya. Sebelum balik, adik angkat ku itu sempat memberitahu ku bahawa ada seseorang ingin mengenaliku dengan lebih dekat. Saat itu, aku rasa malu teramat disebabkan adik angkat ku itu memberitahu di hadapan kedua orang tuanya iaitu mama dan baba. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu aku malu waktu itu. Ye, pemuda itu sama tempat belajar dengan adik angkatku. Aku harap korang faham kenapa aku malu dengan perkenalan itu.
              Kemudian, si pemuda ini mendapat no telefon ku melalui adik angkatku. Kami berkawan selama beberapa minggu iaitu 3 minggu sahaja. Perkenalan yang singkat itu, aku boleh tahu dia orang yang bagaimana dan ye kematangan dirinya buat aku tertarik dengan dirinya sedangkan usianya 2 tahun lebih muda dari aku. Dengan perkenalan yang singkat itu, si dia memutuskan untuk memiliki cintaku dan berharap hubungan kami kekal sehingga ke akhir hayat. Ye, aku pun berharap agar hubungan kami ini sampai ke situ. Aku mula membuka hatiku untuk menerima cinta lelaki sedangkan sebelum ini aku pernah berjanji pada diriku agar menolak cinta mana-mana lelaki. Mungkin Allah hadirkan dirinya untukku disebabkan aku pernah terlintas dalam hati ini untuk membuat perubahan dalam diriku. Hubungan kami juga seperti orang lain. Namun, percintaan kami ini memerlukan nilai kepercayaan yang tinggi dalam diri masing-masing kerana cinta jarak jauh. Aku berharap agar si pemuda ini sentiasa memahami diriku ini dan boleh menerima ku dengan seadanya. Alhamdulillah, aku amat bersyukur bila si pemuda ini boleh menerima ku dengan baik. Pada mulannya, si pemuda ini ingat aku baru berumur 16 tahun, kelakar taktala si pemuda ini seakan tidak percaya dengan usia ku yang jauh lebih tua darinya. HAHA, mugkin kerana faktor ketinggian ku ini yang jauh lebih comel darinya yang lebih gagah itu. Di saat ini, apa yang aku boleh katakan, aku amat lha bahagia disampingnya.  Ya Allah, kau kuatkan lha ikatan cinta kami, jauhkan lha kami dari pergaduhan, persengketaan dan apa jua yang buruk kepada kami. Buat Ahmad Muslim bin Mahmud, you're my hero in my heart right now  :)


Girl   : Ketika waktu mendatangkan CINTA, aku PUTUSKAN memilih DIRIMU, 
Boy  : Jadikan lah DIRIKU, PILIHAN terakhirmu HATIMU


Labels:



Older Post | Newer Post
Profile


Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.

Entry Profile Links



Tagboard

Thank You
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
Full edited by : Pyka