|
~CINTA UNTUKMU~
Tuesday, April 23, 2013 @ 1:32 PM | 0 Comment [s]
Risha seorang gadis yang ceria dan seorang yang sangat nakal. Kenakalannya menyebabkan kedua ibubapanya risau akan tabiatnya itu. Keluar malam, berpelesaran dengan kawan lelaki, pulang lewat malam dan sebagainya. Akibat tidak mampu lagi melayan kerenah anak tunggal mereka itu, Encik Ismail dan isterinya Puan Asmira menghantar Risha ke sebuah sekolah pondok jauh dari rumah mereka. Pondok yang sangat terperosok itu didirikan untuk mendidik remaja yang mempunyai masalah sosial. Keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya itu amatlah mengejutkan Risha namun akhirnya akur dengan permintaan kedua orang tuanya itu. Namun disebalik itu, Risha sedang merencana satu rancangan untuk membuatkan dia bebas dari tempat itu.
Semalaman
di rumah pondok itu menyebabkan hati Risha tidak keruan. Dia mengambil
keputusan untuk keluar dari situ malam itu juga. Melalui pintu pagar belakang,
Risha keluar dari kawasan itu secara diam-diam. Hati Risha gembira dan dia puas
akhirnya dapat melepaskan diri. Tiba-tiba RIsha terserempak dengan sekumpulan
remaja lelaki yang sedang melepak di kawasan itu. Salah seorang dalam kalangan remaja itu menarik tangan
Risha menyebabkan Risha jatuh dan mereka terus mengangkat Risha beramai-ramai
pergi ke kawasan semak. Malam itu menjadi saksi segala-galanya. Maruah Risha
telah diragut oleh sekumpulan lelaki yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.
Seorang
pemuda, Rizki datang menolong Risha sewaktu RIsha sedang menangis di bahu
jalan. Rizki membawa Risha pulang semula
ke sekolah pondok . Rupa-rupanya Rizki pun salah seorang pelajar di sekolah
itu. Mereka akhirnya berkawan dan Risha dapat menyesuaikan diri di sekolah itu
dengan bantuan Rizki. Mereka hanya berhubung melalui surat sahaja memandangkan
peraturan sekolah itu yang melarang pelajar mereka untuk berhubung antara satu
sama lain yang berlainan jantina. Banyak perubahan yang dilakukan oleh Risha
dan akhirnya Risha telah dilamar oleh Syahid, anak salah seorang uztaz yang mengajar
di sekolah pondok itu. Risha terkedu dengan lamaran itu kerana baginya si dia
tidak layak untuk mana2 lelaki yang sebaik anak ustaz itu mengenangkan dirinya
yang telah dinodai. Rizki yang telah lama menyukai Risha sejak awal pertemuan
mereka sangat terkejut mengetahui tentang lamaran Syahid lalu terus berjumpa
dengan Risha menceritakan perkara yang
sebenar. Berita yang meremukkan hati Risha akhirnya membawa dirinya jauh dari
sekolah pondok itu. Rahsia apakah yang diberitahu Rizki sehingga Risha pergi
membawa diri? Dapatkan Syahid memperisterikan Risha dan bagaimana pula Rizki
yang sekian lama menanti Risha selama
ini?
“ Saya percaya bahawa awak merupakan
jodoh saya. Kisah silam awak yang lampau tidak menghalang cinta saya terhadap
awak. Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?” , RIZKI
“Awak layak mendapat yang lagi baik
dari saya, dan saya percaya jodoh saya dan awak setakat kawan sahaja, tidak
lebih dari itu,” RISHA
“Walau dimana kau berada, hati ini
hanya ada namamu sahaja ‘RISHA’ ,” SYAHID
|
Profile
![]() Tagboard
Thank You
Background : Faqihah Full edited by : Pyka |