|
HARGAI MASA
Saturday, April 20, 2013 @ 1:22 PM | 0 Comment [s]
![]()
Minggu
ke sembilan sudah melabuhkan tirainya. Kini tinggal lagi 4 minggu sahaja
persiapan ku untuk menghadapi exam. Ya Allah cepatnya masa berlalu, pejam celik
dah nak ke penghujung tahun kedua ku belajar di Universiti. Rasa macam baru
semalam sahaja aku menjejakkan kaki ke menara gading ini. Semoga perjalananku
disini selesai dan sentiasa dipermudahkannya. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini
untuk meneruskan kehidupan di dunia yang hanya 1 jam setengah sahaja berbanding
waktu di akhirat sana, sebab aku pernah baca satu artikel yang mengatakan
jangka hayat hidup kita selama 60 tahun di dunia bersamaan dengan 1 jam
setengah di akhirat. Cuba bayangkan kalau umur kita tidak sampai pun 60 tahun,
hanya beberapa minit sahaja kita dibumi Allah yang tercinta ini. So, kita kena
gunakan jangka hayat hidup kita dengan perkara ynag berfaedah. Teringat pula
sewaktu mengajar murid di sebuah pusat tuisyen, tajuk karangan cara2 menghargai
masa, sangat bertepatan dengan apa yang ku alami sekarang ini. Masa tidak
mengejar kita, kita yang perlu mengejar masa. Masa ibarat pedang yang tajam dan
ada juga ibarat mengatakan masa itu emas.
Aku
nak ceritakan seminggu pertama aku disini selepas cuti mid semester yang lepas.
Hanya cuti seminggu sahaja di rumah, namun aku rasa sangat puas. Sebabnya aku
dapat melepaskan rindu kepada adik bongsu ku,yang sangat nakal sejak makin
membesar ni. Minggu pertama di university selepas cuti haritu sangat lah best
sebabnya banyak kelas yang cancel, seperti kelas tutorial. Sebabnya lecturer
baru masuk mengajar jadi memandangkan kelas tutorial aku hari Isnin, so
terpaksa dibatalkan, begitu juga dengan kelas tutorial hari rabu. Aku boleh
cakaplah selama 5 hari ini, hanya 2 kelas je yang aku ada dalam masa sehari,
ada pula tuh 1 hari 1 kelas je. Best tak? Jelessss tak? Hihi, jangan jeles. J Alhamdulillah aku dapat rehat
dengan secukupnya. So minggu ke sepuluh dan seterusnya aku kena lah pulun
sehabis baik. No rehat2 dah. Kena struggle untuk sem kali ni. MESTI!!!!
Buat
si dia yang tersayang, saya harap, (ceh , tadi bahasa kan diri ‘aku’) awak
sentiasa kuat semangat belajar dekat sana. Saya tahu awak boleh dan awak memang
boleh. Saya amat percayakan awak. Kan awak cakap nak jadi arkitek? : ) Saya
doakan awak semoga cita2 awak akan tercapai & ingatlah tiada yang mustahil
di dunia ini. Okeylah rasa nak mengundur diri sebab kelopak mata ni dah tak
tertahan rasanya. Sekian, wassalam. Selamat beramal semua!
|
Profile
![]() Tagboard
Thank You
Background : Faqihah Full edited by : Pyka |