Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Entri kali ini adalah karangan Bahasa Melayu
Tuesday, January 10, 2012 @ 9:05 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hello, kabare? Waras ka?
Alhamdulillah, aku baru je selesai menjawab paper ketiga aku pagi tadi pukul 11.30 bertempat di Dewan Ungku Aziz. Gah kan nama dewan aku ( bukan dewan aku lah, dewan dekat tempat aku belajar) ? Sebab ini adalah bangunan peperiksaan yang  sangat2 lah baru. Sangat cantik. Cermin kaca gituuuuu. Em, hari ni sebenarnya hari yang sangat menduga aku. Hari yang aku rasa aku letih yang teramat sangat. Namun ku gagahi jua diriku ini untuk merentasi dugaan ini. Pagi tadi sebelum g dewan peperiksaan, aku dah cuai, alpa, n serabut.
Macam ni ceritanya. Semalam aku dan bebudak bilik aku semua tidur lewat. Dalam pukul 2 pagi baru kitorang tidur selepas berovernite dengan buku. Lagi 30 minit nak tidur, aku dengan kawan aku buat aksi yang mereleasekan tension kitorang. Pasang lagu kuat2, nyanyi, joget2. HAHA. Lepas tuh, aku terus tidur. Kitorang decide nak bangun pagi lha kononnya, memang bangun pun, target 6.00 pagi bangun, tapi kitorng terlajak sampai pukul 7.15 pagi.HAHA. Time tuh masing2 lepas solat subuh,  sume terus khusyuk duk study mengadap buku. Ahh, mata aku tak leh nak buka time tuh. Ngantuk yang teramat sangat. Then lepas baca apa yang patut ( taktahu lah apa yang aku baca masuk ke takk), pukul 7.45 pagi, aku tarik selimut, terus tidur, Krooohhh. HAHA. (padahal azam 2012, xnak tidur lepas subuh). Kawan aku pun sama. Baring sebelah aku, peluk aku ( ni aku tipu je) terus lelap tidur.
Sebelum tuh, aku buat alarm 8.45 pagi, bajet konon-kononnya tidur sejam jelah kan. HAHA. Then, nak tahu kitorang terlajak tidur sampai pukul berapa? 9.45 pagi kauuu! Dahla exam start 11.30 pagi, tunggu bas sejam lagi. Arghhh! Ape lagi terus lah g bilik air, mandi seperfect yang mungkin. Siap2 sume, aku sempat lagi buat nescafe sejuk plus sumbat roti dekat mulut, turun bilik dengan excitednya. Sampai je kat bawah, aku jerit kat roomate aku, “Alaaa, weyy, aku pakai selipar jamban pula” . Waduhh, terpaksa lah aku berlari anak2 menuju ke bilik. Nak naik lif lambat sungguh nak tunggu. So menggunakan tangga jelah. Sepantas kilat aku pergi. Jam dah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Selalu bas ada time macam ni. Apa lagi, aku terus berlari ke bawah. Alhamdulillah, 5 minit kemudian bas pun sampai.
Aku sampai kat dewan lebih kurang pukul 10.30 pagi gituu. Cepat2 cari Dewan 1, pastu tengok2 keliling, cari ada ke membe2 yang aku kenal. Mata aku terus terpandang sorang budak laki ni. Biar aku assume dia sebagai N jelah. Aku memang rapat dengan dia. Kalau kelas tutorial, selalu je pergi dengan dia, study sesama. Then, kitorang duk bincang lah. Tapi bukan bincang paper nak exam japg, HAHA, kauu tahu kitorang bincang ape? HAHA. Kitorang bincang nak amek apa SEM II nanti. Aku suh dia amek sama dengan aku. Takda lah aku sorang2 nanti. Then barulah datang beberapa kawan aku yang lain. Suma sama kos dengan aku. Then kitorang pun bincanglah lagi sekali perkara yang sama. Ehm, lepas sejam kemudian, dah kena panggil masuk dewan. Ya Allah, time tuh barulah aku nak duk selak2 buku.
Nak tahu takk? Sebenarnya aku tak tahan nak seeshhi( istilah membuang air). Bayangkan 2 jam aku duk menahan kat dalam dewan tuh, fuhhh hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Keluar dewan , terus pergi  cari toilet. Aku langgar je semua orang kat tepi aku. HAHA. Kejam kan aku.  Sampai kat toilet, fulamak, ramainya manusia. Siap kena amek turn tuhh. Ahh! Tak sanggup aku menunggu. Aku terus matikan niat aku nak buang air. Aku boleh bertahan lagi. Then aku dengan kawan aku gerak pergi Fakulti sebab nak amek bauncer RM200. Thanks to belanjawan 2012 kerana meringankan beban aku SEM II nanti.HEHE. Sampai dekat fakulti, terus aku gerak pergi toilet.
   Lepas amik baucer, ingat niat nak terus pergi makan. Tapi kawan aku pula ajak pergi jumpe sorang lecturer ni untuk minta nota. Time tuh dah pukul 3.15 petang. Perut dah la tak isi nasi lagi ni. Takpa aku gagahkan juga diri aku ni nak pergi jumpe lecturer tuh.Tak payah susah2 aku nak download kat lappy aku, terus print je nanti. Sampai kat bilik lecturer tuh, rupanya aku tak bawa pula pendrive, kawan aku pun sama. Nasib baiklah kolej kawan aku dekat dengan Jabatan lecturer tuh, so geraklah kejap pergi amek pendrive. Time tuh dah pukul 3.45 petang. Panas terik pula tuhh. Dugaan sungguh hari ni. Lepas je download nota dari lecturer tuh, terus g fakulti untuk proses print pula. Dugaan lagi. Aku salah print pula. Then printer kat fakulti tuh pula buat hal. Nasib baik abg kat situ baik. Dia kira lebih kurang halal jela yang rosak tuh. Padahal kesalahan aku pula tuh. TQ abg hensem!
Dalam pukul 5.30 petang baru selesai sume tugas tuh. Kesian dekat kawan aku, kena tunggu lama. Dahla dia nak balik rumah time tuh. Sorry syee. Tapi tqsm sebab sanggup menunggu. HEHE. Lepas tuh, sampai kat bus stop, terus aku call mak aku. Aku luahkan apa yang aku rasa. Rasa lega sangat bila bagitahu apa yang jadi dekat mak. Rasa penat tuh tiba2 terus hilang je. Then lepas tuh, bas aku pun sampai, sampai kat kolej dalam pukul 6 petang camtu. Terus aku gerak dengan selajunya pergi cafe. Sampai je cafe, aku letak barang2 aku sume atas meja. Tiba2 aku teringat. Arghhh! Dalam wallet aku ada rm211. Tapi RM200 tuh bauncer buku punya. So sebenarnya aku ada RM1 aje dalam wallet aku ni. Rasa nak nangis duhh time tuh.
Punya lah tadi aku gerak dengan laju. Sekarang dengan lemah longlainya, aku menuju balik ke bilik. Badan aku dah rasa menggigil sebab rasa yang teramat lapar sangat. Ni kali pertama aku rasa lapar macam ni. Dapat aku bayangkan orang yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sampai bilik, aku terus rehat. Mak aku cakap terus tidur mungkin boleh hilangkan lapar. HAHA. Tapi aku tak tidur pun sebab time tuh dah lepas Asar, aku takut nanti aku letih pula bila bangun. Apa yang aku buat, aku online FB lah. HEHE. So lepas solat Maghrib, aku terus gerak turun pergi cafe. Aku makan dengan junior maktab aku dulu. Aku belanja dia sebab yelaa ada rezeki lebih. Better share dengan orang kan. Ye dakk! Okeyhh, aku sangat rajin menaip malam ni. Sebab itu entry ni sangat panjang dari sebelum ni. Pengajaran yang aku dapat hari ni. Tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perkara. Rancang dulu sesuatu perkara yang kita nak buat. Akhir sekali, sediakan wang yang secukupnya dalam wallet. HEHE. Okey, selamat malam. Krooohhh..


Labels:



Older Post | Newer Post
Profile


Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.

Entry Profile Links



Tagboard

Thank You
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
Full edited by : Pyka