Examination mood

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan menikmati nikmat hidup yang sementara di dunia ini. Actually, tadi aku baru lepas jawab paper TITAS, ape itu TITAS ? maksudnya à Tamadun Islam dan Asia Tenggara. Subjek ni adalah subjek Universiti so memang wajib lha amik. Dia menekankan banyak topik pasal tamadun yang ada di Asia ni sebagai cth tamadun Islam, Cina dan India. Aku suka subjek ni sebab lebih kurang subjek sejarah time belajar masa sekolah dulu. Tapi kalau nak tau, dalam kelas ni, aku selalu wat kerja lain, mcm study calculus lha, buat homework lha, sebab kelas ni relax je, kira mcm kalau tension, masuk lha kelas ni, lecturer die pun best. Name lecturer aku ni Puan Fatimi, aku sukaa dia sebab dia ajar best plus bagi markah coursework tinggi kat dalam kumpulan aku ni. Okey , berbalik pada cerita aku tadi, aku baru lepas abih exam TITAS ni, start pukul 8.30-9.30. Alhamdulillah, dapat jawab dengan baik. Aku rasa tenang je bila jawab soalan tadi even ade beberapa soalan yang aku tak tahu. Subjek ni aku baru baca minggu lepas and malam tadi kira last minute punya revision lha.
And semalam hari Isnin aku exam Hubungan Etnik. Subjek ni banyak menekankan kepentingan hubungan etnik dekat negara Malaysia ni. Kira macam nak bagitahu kita yang perpaduan antara kaum ni sangat2 lha penting untuk membentuk keharmonian masyarakat. Yelah, Malaysia kan terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum so usaha2 untuk membentuk perpaduan perlulah ada. Sebab Malaysia ni pernah mengalami peristiwa 13 MEI yang rata2 masyarakat masih lagi ingat dengan jelas peristiwa berdarah ni. Peristiwa ni berlaku sebab ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku di negara kita pada masa itu di mana masyarakat Melayu kurang bergiat aktif dalam ekonomi berbanding kaum Cina. Bagus nyaa subjek Universiti ni ialah bagi aku mendedahkan kepada mahasiswa/wi tentang peri pentingnya sesuatu perkara yang kita anggap benda tu sangat remeh tapi sebenarnya jika tak dipupuk dari awal boleh membawa kepada keburukan. Dalam subjek Hubungan Etnik ni banyak lah belajar perkataan yang aku rasa baru bagi aku seperti prejudis, diskriminasi, enitsiti, stereotaip dan pelbagai lagi. (sila google untuk mengetahui maksudnya). And the best is, buku ni punya lha tebal macam buku sejarah tuh, tapi bezanya buku sejarah ade gmbar boleh lha hilangkan boring, HE punya buku nih dahla tebal pastu xde gambar, karangan pula tuh. And aku baca buku ni satu hari je, start petang ahad, smpai ahad malam then esok pagi smbung balik, sebab exam start pukul 3 petang.
The end is Alhamdulillah. I can answer all the question, mgkin sebab berkat doa mak aku plus bangun malam semata2 buat solat jahat untuk aku. Tengs mak. I love you so much. And esok, aku last paper subjek Universiti iaitu kemahiran maklumat. Doakan aku yee. Semester 2 ni 3 paper Universiti aku amik, and berturut2 selama 3 hari. And kesemua subjek ni adalah subjek membaca. Nasihat saya janganlah amik kesemua subjek membaca jika anda adalah budak math. Sekian terima kasih. Pucuk dicita ulam mendatang. Sorry xde kaitan. J
p/s: Tengs to him sebab bangun pagi buat solat hajat, solat tahajjud and baca yassin for me. So proud of you my dear.
Labels: EXAM
Entri kali ini adalah karangan Bahasa Melayu
Assalamualaikum, hello, kabare? Waras ka?
Alhamdulillah, aku baru je selesai menjawab paper ketiga aku pagi tadi pukul 11.30 bertempat di Dewan Ungku Aziz. Gah kan nama dewan aku ( bukan dewan aku lah, dewan dekat tempat aku belajar) ? Sebab ini adalah bangunan peperiksaan yang sangat2 lah baru. Sangat cantik. Cermin kaca gituuuuu. Em, hari ni sebenarnya hari yang sangat menduga aku. Hari yang aku rasa aku letih yang teramat sangat. Namun ku gagahi jua diriku ini untuk merentasi dugaan ini. Pagi tadi sebelum g dewan peperiksaan, aku dah cuai, alpa, n serabut.
Macam ni ceritanya. Semalam aku dan bebudak bilik aku semua tidur lewat. Dalam pukul 2 pagi baru kitorang tidur selepas berovernite dengan buku. Lagi 30 minit nak tidur, aku dengan kawan aku buat aksi yang mereleasekan tension kitorang. Pasang lagu kuat2, nyanyi, joget2. HAHA. Lepas tuh, aku terus tidur. Kitorang decide nak bangun pagi lha kononnya, memang bangun pun, target 6.00 pagi bangun, tapi kitorng terlajak sampai pukul 7.15 pagi.HAHA. Time tuh masing2 lepas solat subuh, sume terus khusyuk duk study mengadap buku. Ahh, mata aku tak leh nak buka time tuh. Ngantuk yang teramat sangat. Then lepas baca apa yang patut ( taktahu lah apa yang aku baca masuk ke takk), pukul 7.45 pagi, aku tarik selimut, terus tidur, Krooohhh. HAHA. (padahal azam 2012, xnak tidur lepas subuh). Kawan aku pun sama. Baring sebelah aku, peluk aku ( ni aku tipu je) terus lelap tidur.
Sebelum tuh, aku buat alarm 8.45 pagi, bajet konon-kononnya tidur sejam jelah kan. HAHA. Then, nak tahu kitorang terlajak tidur sampai pukul berapa? 9.45 pagi kauuu! Dahla exam start 11.30 pagi, tunggu bas sejam lagi. Arghhh! Ape lagi terus lah g bilik air, mandi seperfect yang mungkin. Siap2 sume, aku sempat lagi buat nescafe sejuk plus sumbat roti dekat mulut, turun bilik dengan excitednya. Sampai je kat bawah, aku jerit kat roomate aku, “Alaaa, weyy, aku pakai selipar jamban pula” . Waduhh, terpaksa lah aku berlari anak2 menuju ke bilik. Nak naik lif lambat sungguh nak tunggu. So menggunakan tangga jelah. Sepantas kilat aku pergi. Jam dah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Selalu bas ada time macam ni. Apa lagi, aku terus berlari ke bawah. Alhamdulillah, 5 minit kemudian bas pun sampai.
Aku sampai kat dewan lebih kurang pukul 10.30 pagi gituu. Cepat2 cari Dewan 1, pastu tengok2 keliling, cari ada ke membe2 yang aku kenal. Mata aku terus terpandang sorang budak laki ni. Biar aku assume dia sebagai N jelah. Aku memang rapat dengan dia. Kalau kelas tutorial, selalu je pergi dengan dia, study sesama. Then, kitorang duk bincang lah. Tapi bukan bincang paper nak exam japg, HAHA, kauu tahu kitorang bincang ape? HAHA. Kitorang bincang nak amek apa SEM II nanti. Aku suh dia amek sama dengan aku. Takda lah aku sorang2 nanti. Then barulah datang beberapa kawan aku yang lain. Suma sama kos dengan aku. Then kitorang pun bincanglah lagi sekali perkara yang sama. Ehm, lepas sejam kemudian, dah kena panggil masuk dewan. Ya Allah, time tuh barulah aku nak duk selak2 buku.
Nak tahu takk? Sebenarnya aku tak tahan nak seeshhi( istilah membuang air). Bayangkan 2 jam aku duk menahan kat dalam dewan tuh, fuhhh hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Keluar dewan , terus pergi cari toilet. Aku langgar je semua orang kat tepi aku. HAHA. Kejam kan aku. Sampai kat toilet, fulamak, ramainya manusia. Siap kena amek turn tuhh. Ahh! Tak sanggup aku menunggu. Aku terus matikan niat aku nak buang air. Aku boleh bertahan lagi. Then aku dengan kawan aku gerak pergi Fakulti sebab nak amek bauncer RM200. Thanks to belanjawan 2012 kerana meringankan beban aku SEM II nanti.HEHE. Sampai dekat fakulti, terus aku gerak pergi toilet.
Lepas amik baucer, ingat niat nak terus pergi makan. Tapi kawan aku pula ajak pergi jumpe sorang lecturer ni untuk minta nota. Time tuh dah pukul 3.15 petang. Perut dah la tak isi nasi lagi ni. Takpa aku gagahkan juga diri aku ni nak pergi jumpe lecturer tuh.Tak payah susah2 aku nak download kat lappy aku, terus print je nanti. Sampai kat bilik lecturer tuh, rupanya aku tak bawa pula pendrive, kawan aku pun sama. Nasib baiklah kolej kawan aku dekat dengan Jabatan lecturer tuh, so geraklah kejap pergi amek pendrive. Time tuh dah pukul 3.45 petang. Panas terik pula tuhh. Dugaan sungguh hari ni. Lepas je download nota dari lecturer tuh, terus g fakulti untuk proses print pula. Dugaan lagi. Aku salah print pula. Then printer kat fakulti tuh pula buat hal. Nasib baik abg kat situ baik. Dia kira lebih kurang halal jela yang rosak tuh. Padahal kesalahan aku pula tuh. TQ abg hensem!
Dalam pukul 5.30 petang baru selesai sume tugas tuh. Kesian dekat kawan aku, kena tunggu lama. Dahla dia nak balik rumah time tuh. Sorry syee. Tapi tqsm sebab sanggup menunggu. HEHE. Lepas tuh, sampai kat bus stop, terus aku call mak aku. Aku luahkan apa yang aku rasa. Rasa lega sangat bila bagitahu apa yang jadi dekat mak. Rasa penat tuh tiba2 terus hilang je. Then lepas tuh, bas aku pun sampai, sampai kat kolej dalam pukul 6 petang camtu. Terus aku gerak dengan selajunya pergi cafe. Sampai je cafe, aku letak barang2 aku sume atas meja. Tiba2 aku teringat. Arghhh! Dalam wallet aku ada rm211. Tapi RM200 tuh bauncer buku punya. So sebenarnya aku ada RM1 aje dalam wallet aku ni. Rasa nak nangis duhh time tuh.
Punya lah tadi aku gerak dengan laju. Sekarang dengan lemah longlainya, aku menuju balik ke bilik. Badan aku dah rasa menggigil sebab rasa yang teramat lapar sangat. Ni kali pertama aku rasa lapar macam ni. Dapat aku bayangkan orang yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sampai bilik, aku terus rehat. Mak aku cakap terus tidur mungkin boleh hilangkan lapar. HAHA. Tapi aku tak tidur pun sebab time tuh dah lepas Asar, aku takut nanti aku letih pula bila bangun. Apa yang aku buat, aku online FB lah. HEHE. So lepas solat Maghrib, aku terus gerak turun pergi cafe. Aku makan dengan junior maktab aku dulu. Aku belanja dia sebab yelaa ada rezeki lebih. Better share dengan orang kan. Ye dakk! Okeyhh, aku sangat rajin menaip malam ni. Sebab itu entry ni sangat panjang dari sebelum ni. Pengajaran yang aku dapat hari ni. Tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perkara. Rancang dulu sesuatu perkara yang kita nak buat. Akhir sekali, sediakan wang yang secukupnya dalam wallet. HEHE. Okey, selamat malam. Krooohhh..
Labels: EXAM
HARI PERTAMA EXAM
Assalamualaikum pembuka bicara,
Gedik santai bersama saya,
Aku tak pandai sangat untuk berbicara,
Cukuplah sekadar mencoret rasa.
Wahhh. Kelassss gituu nyahhh aku punya pantun. Alhamdulillah, aku baru saja selesai jawab exam paper pagi tadi. Paper yang diwajibkan untuk semua budak U ambil iaitu Asas Keusahawanan. Subjek yang sangat-sangatlah membosankan. Kalau aku datang kelas ni, sekadar nak penuhkan attendence aku je. Dahla lec nya sepanjang masa dok berspeaking omputeh hanya sebab ada International Student. Bagi aku, subjek itu perlu di ajar dalam Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ibunda kita sendiri. Aku rasa, budak2 international sepatutnya wajar untuk belajar Bahasa Melayu untuk menunjukkan yang diorang ni betul2 nak belajar dekat Malaysia dan menerima bahasa perantaraan kita. Perumpamaan ini samalah macam student kita yang nak sambung belajar dekat Jepun( tak kesahla mana2 U kat oversea) haruslah ( dalam erti kata lain, wajiblah ) untuk mempelajari bahasa Jepun sebelum berlepas ke sana. Siap ada kelas persediaan lagi. So, kesimpulannya, aku harap subjek ni di ajar dalam Bahasa Melayu. Sebab exam yang aku jawab tadi ialah Bahasa Melayu. Aku rasa tak adil lah, kalau lec ajar omputeh , soalan Melayu pula. Haishhh!
Okeyyy, yang sebenarnya benda lain yang aku nak sampaikan. Hari ini atau erti kata lain pagi tadi bertempat di Dewan Peperiksaan merupakan hari famous aku. Nak tahu sebab apa? Sebab 2 kali aku kena panggil kat depan dewan. Bapak malu duhh. Dahla time tuh, aku tgh dok berborak sakan dengan membe aku lepas kertas exam kena kutip. Tiba-tiba pengawas tuh mention no ic 920124-04- tett , please coming forward. Dua kali pula tuh dia ulang. Pastu baru aku angkat tangan. Haha. Malu seyh kena pergi depan. Semua orang pandang aku.(kat dewan tuh, ada 200 lebih tak silap aku) Rupa-rupanya aku tersilap isi borang OMR tuh. Then aku pun datang depan, betulkan apa yang patut dan duduk semula kat tempat aku. Pastu aku sambung borak lagi dengan kawan aku.Bla bla bla, pokpek pokpek. Tiba2 pengawas tuh sebut lagi 920124-04-tettt, please come forward again. The person just now. Mak oihhh apa lagi yang aku silap ni. Then aku pun wat la muka selamba badak aku pergi depan balik. Rupanya aku tak isi no matrik aku. Apa punya excited lah aku jawab soalan ni tadi. First time kutt dalam sejarah hidup aku, aku tersalah benda kecikk macam ni. Permulaan tahun 2012 dah buat slack kat aku. So lepas ni, aku kena pastikan aku tak buat lagi careless mistake. Aku kena berhati2 (semangat yoo). Kena dengar dulu arahan pengawas. Jangan excited sangat jawab soalan.HAHA. Apa2 pun aku lega sebab dah lepas satu paper. Aku target A untuk paper ni. Doakan aku ye. Lepas ni, aku ada 4 lagi paper yang menanti. Harap2 sumanya berjalan dengan lancar. Okeyylah, mahu sambung study. Papai, peace yoo!
Labels: EXAM
MOOD EXAMINATION :)
Tahun dua ribu dua belas , tahun lembaran baru buat aku. Aku tak pasang apa2 impian pun memandangkan impian dua ribu sebelas aku masih lagi belum tercapai. Insyaallah impian tu akan aku laksanakan tahun ini. Untuk permulaan tahun baru ini, aku busy sangat dengan exam yang akan start 3hb hingga 19 hb Jan ni. Macam2 benda nak study. Maklumlah study last minute punya pasal. Lagipun aku tak leh study awal minute (ada ke istilah ni, ape aku kisah nyahh) sebab nanti aku lupa. Cuma yang aku buat adalah latihan berterusan. Tapi kena buat tiap2 hari lah. Orang kata aku ni rajin sangat study. Memang la, aku ambil math mesti kena selalu buat latihan. Bukan rajin, tapi dah memang aku kena buat latihan tu (kes terpaksa ni). Bila nak dekat exam ni, baru aku perasan, macam baru semalam je aku jejakkan kaki aku dekat U. Macam baru semalam je aku bayar yuran. Macam baru semalam je mak aku kemaskan barang2 dekat bilik aku ( bukan kes membuli tau, mak aku yang sponsorkan diri nak tolong)hehe. dan macam baru semalam je aku habis matrik. Dan macam baru semalam, ehh berapa banyak la nak semalam. Tapi memang aku dapat rasakan masa berlalu tersangat pantas . Laju sepantas kilat. Korang perasan tak ?Tup tap aku dah habis semester 1. Padahal selama ni asyik duk melepak je tak tentu hala, ishh2 anak sapa lah ni.
Macam2 pengalaman yang aku dapat bila masuk U. Jiran depan bilik sombong, tak bertegur sapa, jiran aras atas pula yang duk bertegur dengan aku. tapi aku dapat rasakn bila masuk U ni. rata-rata semua orang buat hal sendiri. Macam tak endahkan orang sekeliling je. Tapi apa yang aku buat. aku layan je semua orang. And bila dah masuk U ni, mestilah yang paling penting ialah kena buat ASSINGMENT. Kenapa aku boldkan, sebab student mostly alergik dengan perkataan ni. Biasalah budak U, macam2 assingment kena buat. Dapat assingment semalam, kena hantar hari ini. Itu kalau satu subjek takpe, ini mostly semua subjek nak ada assingment. Itu boleh dimaafkan lagi, tapi yang tak boleh blah bila dekat nak exam , time tu lah lec nak buat test bagai. Mana tak senget kepala aku duduk kat U ni. Tapi aku bersyukur bangat , aku punya teman yang datang membantuku buat kerja ( dialek indon jap, mane tahu ada budak indon baca blog aku ni) hehe. Dan sekarang busy untuk preparation exam pula. Tajuk yang aku nak belajar time dulu-dulu, dah pun aku habis cover. Nasib lah ada study week, kalau tak, memg tak habis lah aku nak study. Okeyy, exam kali ni aku ambil 5 paper merangkumi 18 jam kredit. Aku harap aku dapat buat yang terbaik, hope segala usaha aku selama study week ni membuahkan hasil 4 FLAT. Amin (Korang doakan aku ea, sayang korang)
Labels: EXAM
Older Post