|
HARI PERTAMA EXAM
Monday, January 2, 2012 @ 8:46 PM | 0 Comment [s]
Assalamualaikum pembuka bicara, Gedik santai bersama saya, Aku tak pandai sangat untuk berbicara, Cukuplah sekadar mencoret rasa. Wahhh. Kelassss gituu nyahhh aku punya pantun. Alhamdulillah, aku baru saja selesai jawab exam paper pagi tadi. Paper yang diwajibkan untuk semua budak U ambil iaitu Asas Keusahawanan. Subjek yang sangat-sangatlah membosankan. Kalau aku datang kelas ni, sekadar nak penuhkan attendence aku je. Dahla lec nya sepanjang masa dok berspeaking omputeh hanya sebab ada International Student. Bagi aku, subjek itu perlu di ajar dalam Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ibunda kita sendiri. Aku rasa, budak2 international sepatutnya wajar untuk belajar Bahasa Melayu untuk menunjukkan yang diorang ni betul2 nak belajar dekat Malaysia dan menerima bahasa perantaraan kita. Perumpamaan ini samalah macam student kita yang nak sambung belajar dekat Jepun( tak kesahla mana2 U kat oversea) haruslah ( dalam erti kata lain, wajiblah ) untuk mempelajari bahasa Jepun sebelum berlepas ke sana. Siap ada kelas persediaan lagi. So, kesimpulannya, aku harap subjek ni di ajar dalam Bahasa Melayu. Sebab exam yang aku jawab tadi ialah Bahasa Melayu. Aku rasa tak adil lah, kalau lec ajar omputeh , soalan Melayu pula. Haishhh! Okeyyy, yang sebenarnya benda lain yang aku nak sampaikan. Hari ini atau erti kata lain pagi tadi bertempat di Dewan Peperiksaan merupakan hari famous aku. Nak tahu sebab apa? Sebab 2 kali aku kena panggil kat depan dewan. Bapak malu duhh. Dahla time tuh, aku tgh dok berborak sakan dengan membe aku lepas kertas exam kena kutip. Tiba-tiba pengawas tuh mention no ic 920124-04- tett , please coming forward. Dua kali pula tuh dia ulang. Pastu baru aku angkat tangan. Haha. Malu seyh kena pergi depan. Semua orang pandang aku.(kat dewan tuh, ada 200 lebih tak silap aku) Rupa-rupanya aku tersilap isi borang OMR tuh. Then aku pun datang depan, betulkan apa yang patut dan duduk semula kat tempat aku. Pastu aku sambung borak lagi dengan kawan aku.Bla bla bla, pokpek pokpek. Tiba2 pengawas tuh sebut lagi 920124-04-tettt, please come forward again. The person just now. Mak oihhh apa lagi yang aku silap ni. Then aku pun wat la muka selamba badak aku pergi depan balik. Rupanya aku tak isi no matrik aku. Apa punya excited lah aku jawab soalan ni tadi. First time kutt dalam sejarah hidup aku, aku tersalah benda kecikk macam ni. Permulaan tahun 2012 dah buat slack kat aku. So lepas ni, aku kena pastikan aku tak buat lagi careless mistake. Aku kena berhati2 (semangat yoo). Kena dengar dulu arahan pengawas. Jangan excited sangat jawab soalan.HAHA. Apa2 pun aku lega sebab dah lepas satu paper. Aku target A untuk paper ni. Doakan aku ye. Lepas ni, aku ada 4 lagi paper yang menanti. Harap2 sumanya berjalan dengan lancar. Okeyylah, mahu sambung study. Papai, peace yoo! Labels: EXAM |
Profile
![]() Tagboard
Thank You
Background : Faqihah Full edited by : Pyka |