Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Examination mood
Monday, June 4, 2012 @ 10:30 PM | 0 Comment [s]


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan menikmati nikmat hidup yang sementara di dunia ini. Actually, tadi aku baru lepas jawab paper TITAS, ape itu TITAS ?  maksudnya à Tamadun Islam dan Asia Tenggara. Subjek ni adalah subjek Universiti so memang wajib lha amik. Dia menekankan banyak topik pasal tamadun yang ada di Asia ni sebagai cth tamadun Islam, Cina dan India. Aku suka subjek ni sebab lebih kurang subjek sejarah time belajar masa sekolah dulu. Tapi kalau nak tau, dalam kelas ni, aku selalu wat kerja lain, mcm study calculus lha, buat homework lha, sebab kelas ni relax je, kira mcm kalau tension, masuk lha kelas ni, lecturer die pun best. Name lecturer aku ni Puan Fatimi, aku sukaa dia sebab dia ajar best plus bagi markah coursework tinggi kat dalam kumpulan aku ni. Okey , berbalik pada cerita aku tadi, aku baru lepas abih exam TITAS ni, start pukul 8.30-9.30. Alhamdulillah, dapat jawab dengan baik. Aku rasa tenang je bila jawab soalan tadi even ade beberapa soalan yang aku tak tahu. Subjek ni aku baru baca minggu lepas and malam tadi kira last minute punya revision lha.
And semalam hari Isnin aku exam Hubungan Etnik. Subjek ni banyak menekankan kepentingan hubungan etnik dekat negara Malaysia ni. Kira macam nak bagitahu kita yang perpaduan antara kaum ni sangat2 lha penting untuk membentuk keharmonian masyarakat. Yelah, Malaysia kan terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum so usaha2 untuk membentuk perpaduan perlulah ada. Sebab Malaysia ni pernah mengalami peristiwa 13 MEI yang rata2 masyarakat masih lagi ingat dengan jelas peristiwa berdarah ni. Peristiwa ni berlaku sebab ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku di negara kita pada masa itu di mana masyarakat Melayu kurang bergiat aktif dalam ekonomi berbanding kaum Cina. Bagus nyaa subjek Universiti ni ialah bagi aku mendedahkan kepada mahasiswa/wi tentang peri pentingnya sesuatu perkara yang kita anggap benda tu sangat remeh tapi sebenarnya jika tak dipupuk dari awal boleh membawa kepada keburukan. Dalam subjek Hubungan Etnik ni banyak lah belajar perkataan yang aku rasa baru bagi aku seperti  prejudis, diskriminasi, enitsiti, stereotaip  dan pelbagai lagi. (sila google untuk mengetahui maksudnya). And the best is, buku ni punya lha tebal macam buku sejarah tuh, tapi bezanya buku sejarah ade gmbar boleh lha hilangkan boring, HE  punya buku nih dahla tebal pastu xde gambar, karangan pula tuh. And aku baca buku ni satu hari je, start petang ahad, smpai ahad malam then esok pagi smbung balik, sebab exam start pukul 3 petang.
The end is Alhamdulillah. I can answer all the question, mgkin sebab berkat doa mak aku plus bangun malam semata2 buat solat jahat untuk aku. Tengs mak. I love you so much. And esok, aku last paper subjek Universiti iaitu kemahiran maklumat. Doakan aku yee. Semester 2 ni 3 paper Universiti aku amik, and berturut2  selama 3 hari. And kesemua subjek ni adalah subjek membaca. Nasihat saya janganlah amik kesemua subjek membaca jika anda adalah budak math. Sekian terima kasih. Pucuk dicita ulam mendatang. Sorry xde kaitan. J


p/s: Tengs to him sebab bangun pagi buat solat hajat, solat tahajjud and baca yassin for me. So proud of you my dear. 

Labels:



Older Post | Newer Post
Profile


Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.

Entry Profile Links



Tagboard

Thank You
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
Full edited by : Pyka