MASIH MENYAYANGIMU :)
Tulus hati ini menyayangimu, namun ku lepaskan kau jua. Bukan niat ku mahu berundur dari hidupmu & meninggalkan cinta yang kita bina selama ini, ada cerita di sebalik semua ini. Ku harap kau tabah, ku harap kau kuat semangat seperti mana yang pernah kau ucapkan padaku dahulu, ku masih menjaga cinta & hatimu di dalam jiwa ku ini, namun sudah tersurat kisah kita sampai di sini sahaja :( Tabahkan hatimu sayang. Ku yakin kau akan bertemu dengan insan yang lebih baik dari ku. InsyaAllah. You deserve much better than me.
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka
Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti
Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala
Labels: CINTA
Ya Allah, Kau kuatkan semangat aku untuk bertahan dalam hubungan yang dibina ini. Dua hati yang telah saling merindu sangat sukar untuk di pisahkan. Tetapkan hatinya jika benar dia adalah jodohku. Campakkanlah rasa benci ku kepadanya jika dia bukanlah untukku di akhirnya. Ya Allah, sesungguhnya tempat ku bergantung hanyalah pada-Mu, semoga hidayah dan rahmat-MU sentiasa melindungiku. Banyak cubaan yang perlu dilalui saat ini. Ku hanya mampu berdoa. Ya Allah, semoga kesihatan adik kesayanganku cepat sembuh.Labels: CINTA
Semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah S.W.T
Assalamualaikum semua silent readers.
Pagi ini, pukul 4.45 pagi, aku menggigihkan diri untuk menaip. Padahal mata dah mengantuk sangat ni. Serius, takleh buka langsung. Hmm, dah lama dah bersarang diari kat blog aku ni. Hari ini, aku rasa nak share sesuatu yang aku rasa aku nak luahkan dari lubuk hati aku ni. Actually, sejak dua menjak ni aku tak cukup tidur. Menyiapkan segala assingnment yang berlambak serta tutorial yang terlambak juga. Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan mengikut waktu yang dikehendaki. Cuma aku letih je lately ni. Kelas yang aku selalu tertidur adalah kelas calculus. Entah kenapa. Mungkin sebab kelas math yang time petang kutt, tapi aku tidur kejap jela mcm 10 minit gitu. Hihi. Actually, aku ada benda bahagia nak bagitahu ni. Aku punya hati dah kena curi dengan orang tau. Haha. Kami dalam proses mengenali. Aku bersyukur sangat dapat mengenalinya. Sebelum ini, aku sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan dengan lelaki yang baik, yang boleh membawa aku ke jalan yang benar. Bukanlah aku bermaksud dulu aku di jalan yang salah, tapi yelaaa, namanya manusia. Sentiasa membuat kesilapan kan. Syukur sangat. Banyak sangat yang aku pelajari darinya. Ilmu agama aku tak setinggi dia, tapi aku boleh belajar darinya. Mungkin hidayah Allah hadir melalui dirinya untukku. Okeylah, selamat pagi ye semua. Aku mahu tidur lah. Jangan lupa bangun solat subuh esok ye.
Labels: CINTA
Ini adalah entri pertama aku
Aku baru lepas call kau tadi. Kau terus wish tahun baru kat aku. Kalau sebelum ni, mesti kau sebut nama aku setiap kali aku call kau. Aku tak kesah. Sebab kau dan aku dah takda pape. Aku paham duh. Memang dulu aku pernah buat kau terluka, aku ngaku aku salah. Tapi kau tahu kan aku terpaksa buat semua tu. Kau tahu kan sebenarnya aku tak rela pun nak tinggalkan kau. Aku tahu masa tuh kau tak putus asa menanti aku. Tapi pilihan sudah aku buat. Aku tinggalkan kau untuk orang yang ku sayang. Cerita kau dan aku berakhir sampai sini. Ayat kau masih aku simpan. Ada dalam hati aku ni. Esok akan start tahun baru. Dan esok juga, aku kena kuatkan hati aku untuk lupakan kau dalam hidup aku. Aku doakan kau berjaya dalam hidup kau.
Labels: CINTA