Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
TUDUNG BAWAL TRIBAL
Sunday, June 30, 2013 @ 8:27 AM | 1 Comment [s]

HOT ITEM U GUYSSS. SANGAT CANTIK, MUDAH DIGOSOK, MUDAH DIBENTUK, JOM BERAYA DENGAN TUDUNG BAWAL BIDANG 45.
TUDUNG BAWAL TRIBAL & FLOWER
RM18 
FREE POSTAGE







~CINTA UNTUKMU~
Tuesday, April 23, 2013 @ 1:32 PM | 0 Comment [s]



Risha seorang gadis yang ceria dan seorang yang sangat nakal. Kenakalannya menyebabkan kedua ibubapanya risau akan tabiatnya itu. Keluar malam, berpelesaran dengan kawan lelaki, pulang lewat malam dan sebagainya.  Akibat tidak mampu lagi melayan kerenah anak tunggal mereka itu, Encik Ismail dan isterinya Puan Asmira menghantar Risha ke sebuah sekolah pondok jauh dari rumah mereka. Pondok yang sangat terperosok itu didirikan untuk mendidik remaja yang mempunyai masalah sosial. Keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya itu amatlah mengejutkan Risha namun akhirnya akur dengan permintaan kedua orang tuanya itu. Namun disebalik itu, Risha sedang merencana satu rancangan untuk membuatkan dia bebas dari tempat itu.
                                Semalaman di rumah pondok itu menyebabkan hati Risha tidak keruan. Dia mengambil keputusan untuk keluar dari situ malam itu juga. Melalui pintu pagar belakang, Risha keluar dari kawasan itu secara diam-diam. Hati Risha gembira dan dia puas akhirnya dapat melepaskan diri. Tiba-tiba RIsha terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki yang sedang melepak di kawasan itu. Salah seorang  dalam kalangan remaja itu menarik tangan Risha menyebabkan Risha jatuh dan mereka terus mengangkat Risha beramai-ramai pergi ke kawasan semak. Malam itu menjadi saksi segala-galanya. Maruah Risha telah diragut oleh sekumpulan lelaki yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.
                                Seorang pemuda, Rizki datang menolong Risha sewaktu RIsha sedang menangis di bahu jalan. Rizki  membawa Risha pulang semula ke sekolah pondok . Rupa-rupanya Rizki pun salah seorang pelajar di sekolah itu. Mereka akhirnya berkawan dan Risha dapat menyesuaikan diri di sekolah itu dengan bantuan Rizki. Mereka hanya berhubung melalui surat sahaja memandangkan peraturan sekolah itu yang melarang pelajar mereka untuk berhubung antara satu sama lain yang berlainan jantina. Banyak perubahan yang dilakukan oleh Risha dan akhirnya Risha telah dilamar oleh Syahid, anak salah seorang uztaz yang mengajar di sekolah pondok itu. Risha terkedu dengan lamaran itu kerana baginya si dia tidak layak untuk mana2 lelaki yang sebaik anak ustaz itu mengenangkan dirinya yang telah dinodai. Rizki yang telah lama menyukai Risha sejak awal pertemuan mereka sangat terkejut mengetahui tentang lamaran Syahid lalu terus berjumpa dengan Risha  menceritakan perkara yang sebenar. Berita yang meremukkan hati Risha akhirnya membawa dirinya jauh dari sekolah pondok itu. Rahsia apakah yang diberitahu Rizki sehingga Risha pergi membawa diri? Dapatkan Syahid memperisterikan Risha dan bagaimana pula Rizki yang sekian lama menanti  Risha selama ini?

“ Saya percaya bahawa awak merupakan jodoh saya. Kisah silam awak yang lampau tidak menghalang cinta saya terhadap awak. Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?” , RIZKI

“Awak layak mendapat yang lagi baik dari saya, dan saya percaya jodoh saya dan awak setakat kawan sahaja, tidak lebih dari itu,” RISHA

“Walau dimana kau berada, hati ini hanya ada namamu sahaja ‘RISHA’ ,” SYAHID




HARGAI MASA
Saturday, April 20, 2013 @ 1:22 PM | 0 Comment [s]


                Minggu ke sembilan sudah melabuhkan tirainya. Kini tinggal lagi 4 minggu sahaja persiapan ku untuk menghadapi exam. Ya Allah cepatnya masa berlalu, pejam celik dah nak ke penghujung tahun kedua ku belajar di Universiti. Rasa macam baru semalam sahaja aku menjejakkan kaki ke menara gading ini. Semoga perjalananku disini selesai dan sentiasa dipermudahkannya. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini untuk meneruskan kehidupan di dunia yang hanya 1 jam setengah sahaja berbanding waktu di akhirat sana, sebab aku pernah baca satu artikel yang mengatakan jangka hayat hidup kita selama 60 tahun di dunia bersamaan dengan 1 jam setengah di akhirat. Cuba bayangkan kalau umur kita tidak sampai pun 60 tahun, hanya beberapa minit sahaja kita dibumi Allah yang tercinta ini. So, kita kena gunakan jangka hayat hidup kita dengan perkara ynag berfaedah. Teringat pula sewaktu mengajar murid di sebuah pusat tuisyen, tajuk karangan cara2 menghargai masa, sangat bertepatan dengan apa yang ku alami sekarang ini. Masa tidak mengejar kita, kita yang perlu mengejar masa. Masa ibarat pedang yang tajam dan ada juga ibarat mengatakan masa itu emas.
                                Aku nak ceritakan seminggu pertama aku disini selepas cuti mid semester yang lepas. Hanya cuti seminggu sahaja di rumah, namun aku rasa sangat puas. Sebabnya aku dapat melepaskan rindu kepada adik bongsu ku,yang sangat nakal sejak makin membesar ni. Minggu pertama di university selepas cuti haritu sangat lah best sebabnya banyak kelas yang cancel, seperti kelas tutorial. Sebabnya lecturer baru masuk mengajar jadi memandangkan kelas tutorial aku hari Isnin, so terpaksa dibatalkan, begitu juga dengan kelas tutorial hari rabu. Aku boleh cakaplah selama 5 hari ini, hanya 2 kelas je yang aku ada dalam masa sehari, ada pula tuh 1 hari 1 kelas je. Best tak? Jelessss tak? Hihi, jangan jeles. J Alhamdulillah aku dapat rehat dengan secukupnya. So minggu ke sepuluh dan seterusnya aku kena lah pulun sehabis baik. No rehat2 dah. Kena struggle untuk sem kali ni. MESTI!!!!
                                Buat si dia yang tersayang, saya harap, (ceh , tadi bahasa kan diri ‘aku’) awak sentiasa kuat semangat belajar dekat sana. Saya tahu awak boleh dan awak memang boleh. Saya amat percayakan awak. Kan awak cakap nak jadi arkitek? : ) Saya doakan awak semoga cita2 awak akan tercapai & ingatlah tiada yang mustahil di dunia ini. Okeylah rasa nak mengundur diri sebab kelopak mata ni dah tak tertahan rasanya. Sekian, wassalam. Selamat beramal semua!

KARMA
Monday, March 18, 2013 @ 5:59 PM | 0 Comment [s]

Selamat pagi cintaku,
            Boleh pula malam tadi aku mimpi pasal test. Aku mimpi yang aku test mgu depan, tapi aku siap bersedia mgu ni, sebab aku ingat test mgu ni. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku. Takut pula kalau aku tak bersedia lagi. Sememangnya aku masih tidak bersedia. Ya Allah, semoga kau kuatkan semangat aku. Terima kasih di atas kebahagian yang pernah menyinggah di hatiku. 

I MISS YOUUUUU
Saturday, March 16, 2013 @ 11:40 AM | 0 Comment [s]


KALAU AWAK BACA POST NI, SAYA HARAP AWAK TAHU YANG SAYA SAYANGKAN AWAK, SAYA NAK AWAK TAHU SAYA SANGAT2 RINDUKAN AWAK. SAYA HARAP AWAK TAK TINGGALKAN SAYA KESEORANG DI SINI. SAYA NAK AWAK SENTIASA DI SISI SAYA. PLEASE!SAYA NAK TAHU KHABAR BERITA AWAK. MAAFKAN SAYA.

JOM SHOPPING !
Tuesday, January 29, 2013 @ 4:13 AM | 0 Comment [s]

                        Salam kesayangan buat semua ;) Harap anda semua sihat belaka. Wah! sekarang musim drama Setia Hujung Nyawa kan. bukan main rancak new feeds fb I pasal drama ni. Actually, awal dulu2, membe ada introduced kan pasal drama ni, tapi time tuh tengah final exam, so, batalkan jelaa hasrat nak tengok drama tu. I ni kalau dah minat dengan satu cerita tuhhh, confirm2 lahh kan, layann sampai habis. So nak dijadikan cerita, after final exam, i pun  melayan drama ni yang diadaptasi dari sebuah novel karya Fatin Nabila. U olllsss tahuu, i layan episod 1 hingga 20 selama 2 hari je. Memang terbaikklahhh, itulahh sebabnyaa i layan after final exam, tengok pun heaven jee, tak perlu nak tunggu next day for next episode. Ye dakk? So hari yang kedua tuh i layan episod 9 sampai 20 tau, sampai rabak mata i ni, sempat lagi i tunaikan solat subuh then baruu lahh i tido dengan lena bersama dengan ZAIN HAKIMI, Opppss jangan salah faham, hero cerita tuh sampai masukk pulaa dalam mimpi i. hewhewhew. Alamak, macam lari tajuk pulaa kan. Nampak tak entry kat atas tuh. Jom shopping! shopping kat mana? Kat sini http://www.facebook.com/pages/Indah-Qalisya/298394040259522?ref=hl . U olssss, barang2 kat situ murah sangat2.Macam2 ada jual skinny jeans, tudung bawal, rantai, baju, bracelet, & keychain. Sekarang tengah promosi tau so jumlahh ramai2 g shopping kat situ ye. Okeylah, setakat ni je yang sempat i update untuk hari ini, nanti ada masa i updatee lagi yee. tatta. ;) kenyit mata kat u ollsssss.

MASIH MENYAYANGIMU :)
Sunday, December 2, 2012 @ 2:29 AM | 0 Comment [s]

Tulus hati ini menyayangimu, namun ku lepaskan kau jua. Bukan niat ku mahu berundur dari hidupmu & meninggalkan cinta yang kita bina selama ini, ada cerita di sebalik semua ini. Ku harap kau tabah, ku harap kau kuat semangat seperti mana yang  pernah kau ucapkan padaku dahulu, ku masih menjaga cinta & hatimu di dalam jiwa ku ini, namun sudah tersurat kisah kita sampai di sini sahaja :( Tabahkan hatimu sayang. Ku yakin kau akan bertemu dengan insan yang lebih baik dari ku. InsyaAllah. You deserve much better than me.

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala


Labels:


KUATKAN SEMANGAT KU YA ALLAH
Saturday, December 1, 2012 @ 12:33 AM | 0 Comment [s]

01 DECEMBER 2012
 Assalamualaikum ;)
              Aku menggagahkan diri ini menaip coretan hati aku setelah berjaya menerima takdir ini dengan seadanya. Semuanya telah ditetapkan di atas sana. Selama ni, buku hijauu merupakan peneman setiaku ke mana sahaja.Didalamnyaa,tercoret kisahh hidupku selama 3 bulan. Kini, bukuu hijauu itu, ku simpan rapi di dalam kotak.Tidak mungkin ku akan bukanya kembali. Banyak sungguh memori yang tercoret di situ. Ku kembali menaip meneruskan kisah hidupku di sini. Selama 3 bulan aku kuatkan semangat aku, selama 3 bulan ku menunggu, selama 3 bulan ku menyendiri, selama 3 bulan ku membiasakan diri, selama 3 bulan aku menjaga diri ini, selama 3 bulan aku berlaku setia, selama 3 bulan aku ,,, Akhirnya dengan satu lafaz , ku dibiarkan sendiri, sungguh hebat dugaan yang diberi-Mu ini Ya Allah. Namun, aku sentiasa setkan minda aku supaya berfikiran positif dengan dugaan yang aku terima ni, mungkin sudah tertulis inilah pengakhiran kisah ini walaupun sekejap cuma. ku hargai. Yess, i learn something from this. Aku senyum sendirian, aku bersyukur, Tuhan memakbulkan doa aku. Selepas peristiwa itu, aku menangis, aku berdoa dengan sesungguhnya, aku memohon keampunan dari-Nya, banyak sungguh kealpaan dalam diri ini yang akhirnya memakan diri sendiri. Semoga hari ini lebih balik dari semalam. Moga diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. Moga diri ini akan menjadi bertambah kuat menempuh dugaan yang bakal mendatang. Amin ya rabbal alamin :) 


Hanya dirimu yang ku cinta, 
 Takkan membuat aku jatuh cinta lagi, 
 Aku merasa engkau yang terbaik untuk diriku,
 Walau ku tahu kau tak sempurna, 
 Takkan membuat aku jauh darimu, 
 Apa adamu, ku kan tetap setia padamu, 
 Tuhan tolong jagakan dia,
 Dia kekasihku, kan tetap milikku, 
 Aku sungguh mencintai, sungguh menyayangi, 
 Hanya dia yang satu yang bertakhta di hatiku,
 Dulu kita satu jiwa, satu impian, Susah senang kita bersama,
 Namun itu semua hanyalah sementara.

Labels:


HOT TUDUNG BAWAL LEO BORDER!
Monday, July 16, 2012 @ 11:56 PM | 2 Comment [s]





Labels:


SAAT HATIKU MULA BAHAGIA
Thursday, July 12, 2012 @ 8:07 AM | 0 Comment [s]

         Bismillahhirrohmannirrahim. Aku mulakan entri aku pada kali ini dengan lafaz bismillah. Hatiku aku dahulunya pernah dilukai dengan cinta sang lelaki. Ye, hubungan yang ku bina bersamanya terputus di tengah jalan sedangkan sudah memasuki usia 6 tahun perhubungan. Tidak terlintas di hati ini untuk berdendam dengannya. 3 bulan aku menunggu si dia kembali kepada aku dek kerana aku masih lagi mahukannya disisi ku ini. Namun, apa yang ku harapkan langsung tak memberi manfaat buat diriku. Akhirnya aku pasrah membawa diri sehingga aku muhasabah diriku ini selama 4 bulan dan berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang betul2 menyayangi aku dan sentiasa memberi sokongan buat ku dalam apa jua bidang yang aku ceburi. Ye, saat itu aku sentiasa menangis memohon keampunan kepada ALLAH kerana selama ini aku amat jauh untuk mendekati-NYA. Yang aku tahu hanya bermesej sepanjang masa,melangho sepanjang masa. Niat di hatiku ini untuk membuat perubahan dalam diri sangat lha kuat. Namun, aku tak setabah dan sekuat itu. Aku perlukan teman yang boleh membimbing ku ke arah-Nya.
             Di saat aku memerlukan teman sokongan yang sentiasa berada di sampingku, aku dipertemukan dengan si pemuda yang selama ini aku idamkan. Biarlah aku rahsiakan cara pertemuan kami berdua. Tapi yang penting bukan lha di laman sosial seperti facebook atau twitter. Ini bukanlah cinta muka buku. Tapi cinta pandang pertama si dia terhadap aku. Ye, si pemuda ini melihat muka ku, namun aku sedikit pun langsung tak perasan akan kelibatnya. Ketika itu, aku sedang melawat adik angkat ku di Tahfiz, dan kebetulan si pemuda ini berjalan beriringan bersama kawannya ke asrama. Dan si pemuda ini melihat adik angkat ku bersama ku berada di hadapannya. Sebelum balik, adik angkat ku itu sempat memberitahu ku bahawa ada seseorang ingin mengenaliku dengan lebih dekat. Saat itu, aku rasa malu teramat disebabkan adik angkat ku itu memberitahu di hadapan kedua orang tuanya iaitu mama dan baba. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu aku malu waktu itu. Ye, pemuda itu sama tempat belajar dengan adik angkatku. Aku harap korang faham kenapa aku malu dengan perkenalan itu.
              Kemudian, si pemuda ini mendapat no telefon ku melalui adik angkatku. Kami berkawan selama beberapa minggu iaitu 3 minggu sahaja. Perkenalan yang singkat itu, aku boleh tahu dia orang yang bagaimana dan ye kematangan dirinya buat aku tertarik dengan dirinya sedangkan usianya 2 tahun lebih muda dari aku. Dengan perkenalan yang singkat itu, si dia memutuskan untuk memiliki cintaku dan berharap hubungan kami kekal sehingga ke akhir hayat. Ye, aku pun berharap agar hubungan kami ini sampai ke situ. Aku mula membuka hatiku untuk menerima cinta lelaki sedangkan sebelum ini aku pernah berjanji pada diriku agar menolak cinta mana-mana lelaki. Mungkin Allah hadirkan dirinya untukku disebabkan aku pernah terlintas dalam hati ini untuk membuat perubahan dalam diriku. Hubungan kami juga seperti orang lain. Namun, percintaan kami ini memerlukan nilai kepercayaan yang tinggi dalam diri masing-masing kerana cinta jarak jauh. Aku berharap agar si pemuda ini sentiasa memahami diriku ini dan boleh menerima ku dengan seadanya. Alhamdulillah, aku amat bersyukur bila si pemuda ini boleh menerima ku dengan baik. Pada mulannya, si pemuda ini ingat aku baru berumur 16 tahun, kelakar taktala si pemuda ini seakan tidak percaya dengan usia ku yang jauh lebih tua darinya. HAHA, mugkin kerana faktor ketinggian ku ini yang jauh lebih comel darinya yang lebih gagah itu. Di saat ini, apa yang aku boleh katakan, aku amat lha bahagia disampingnya.  Ya Allah, kau kuatkan lha ikatan cinta kami, jauhkan lha kami dari pergaduhan, persengketaan dan apa jua yang buruk kepada kami. Buat Ahmad Muslim bin Mahmud, you're my hero in my heart right now  :)


Girl   : Ketika waktu mendatangkan CINTA, aku PUTUSKAN memilih DIRIMU, 
Boy  : Jadikan lah DIRIKU, PILIHAN terakhirmu HATIMU


Labels:


Aku masuk paper weyy!
Tuesday, June 5, 2012 @ 11:07 PM | 0 Comment [s]



    Omaigodd!Omaigod. me masuk paper Utusan Malaysia hari Ahad yang lepas. HAHA. Padahal gambar kecik secoit je kat tepi tuh. xkesah lha,yang penting muka depan beb. Kau hadee? Yang sedihnya anak cursen aku (kakak kepada pengantin lelaki) yang same jadi pengapit tak masuk dalam ni. Sebab ape? Sebabnya jurugmbar tuh suh die ke tepi. konon nak shoot terbaik lha. Tapi tak sangka muka aku masuk sekali. Muka macam nak tak nak je jadi pengapit kan. Mesti korang tertanya2 apesal lha aku boleh masuk paper nih kan? Sebenarnya nih perkahwinan cursen belah mak aku, diorang kembar iaitu abang dan adik and buat majlis pengantin empat. Aikk! pengantin empat pun masuk paper ke ? Act, cursen aku nih masuk paper bukan sebab tuh, tapi sebabnya dia kahwin dengan perempuan Cina dari negara China weyy. Amekk kau, jauh benor jodoh cursen aku nih, Sebab tu lha tajuknyaa jodoh 2 negara. Sebelum nih, cerita pasal cursen aku nih penah masuk paper juga, try lha cari dengan bantuan Puan Google ye. Yang paling menarik, kerja kursus Hubungan Etnik aku, aku masukkan cerita pasal cursen aku. Tajuk kajian yang kumpulan aku buat adalah Perkahwinan Campur and glad to know bilaa lecturer aku puji dengan hasil kerja kumpulan kitorang. Alhamdulillah. Okeylah, ni je entry untuk kali nih. Btw, nak gtau punya semangat aku pagi tadi nak g dewan exam pukul 8.30 pagi last2 dapat tau exam start pukul 11.30 pagi. Tulah gara2 tak tgok slip exam. =,=

Labels:


Examination mood
Monday, June 4, 2012 @ 10:30 PM | 0 Comment [s]


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini. Syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bertaubat dan menikmati nikmat hidup yang sementara di dunia ini. Actually, tadi aku baru lepas jawab paper TITAS, ape itu TITAS ?  maksudnya à Tamadun Islam dan Asia Tenggara. Subjek ni adalah subjek Universiti so memang wajib lha amik. Dia menekankan banyak topik pasal tamadun yang ada di Asia ni sebagai cth tamadun Islam, Cina dan India. Aku suka subjek ni sebab lebih kurang subjek sejarah time belajar masa sekolah dulu. Tapi kalau nak tau, dalam kelas ni, aku selalu wat kerja lain, mcm study calculus lha, buat homework lha, sebab kelas ni relax je, kira mcm kalau tension, masuk lha kelas ni, lecturer die pun best. Name lecturer aku ni Puan Fatimi, aku sukaa dia sebab dia ajar best plus bagi markah coursework tinggi kat dalam kumpulan aku ni. Okey , berbalik pada cerita aku tadi, aku baru lepas abih exam TITAS ni, start pukul 8.30-9.30. Alhamdulillah, dapat jawab dengan baik. Aku rasa tenang je bila jawab soalan tadi even ade beberapa soalan yang aku tak tahu. Subjek ni aku baru baca minggu lepas and malam tadi kira last minute punya revision lha.
And semalam hari Isnin aku exam Hubungan Etnik. Subjek ni banyak menekankan kepentingan hubungan etnik dekat negara Malaysia ni. Kira macam nak bagitahu kita yang perpaduan antara kaum ni sangat2 lha penting untuk membentuk keharmonian masyarakat. Yelah, Malaysia kan terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum so usaha2 untuk membentuk perpaduan perlulah ada. Sebab Malaysia ni pernah mengalami peristiwa 13 MEI yang rata2 masyarakat masih lagi ingat dengan jelas peristiwa berdarah ni. Peristiwa ni berlaku sebab ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku di negara kita pada masa itu di mana masyarakat Melayu kurang bergiat aktif dalam ekonomi berbanding kaum Cina. Bagus nyaa subjek Universiti ni ialah bagi aku mendedahkan kepada mahasiswa/wi tentang peri pentingnya sesuatu perkara yang kita anggap benda tu sangat remeh tapi sebenarnya jika tak dipupuk dari awal boleh membawa kepada keburukan. Dalam subjek Hubungan Etnik ni banyak lah belajar perkataan yang aku rasa baru bagi aku seperti  prejudis, diskriminasi, enitsiti, stereotaip  dan pelbagai lagi. (sila google untuk mengetahui maksudnya). And the best is, buku ni punya lha tebal macam buku sejarah tuh, tapi bezanya buku sejarah ade gmbar boleh lha hilangkan boring, HE  punya buku nih dahla tebal pastu xde gambar, karangan pula tuh. And aku baca buku ni satu hari je, start petang ahad, smpai ahad malam then esok pagi smbung balik, sebab exam start pukul 3 petang.
The end is Alhamdulillah. I can answer all the question, mgkin sebab berkat doa mak aku plus bangun malam semata2 buat solat jahat untuk aku. Tengs mak. I love you so much. And esok, aku last paper subjek Universiti iaitu kemahiran maklumat. Doakan aku yee. Semester 2 ni 3 paper Universiti aku amik, and berturut2  selama 3 hari. And kesemua subjek ni adalah subjek membaca. Nasihat saya janganlah amik kesemua subjek membaca jika anda adalah budak math. Sekian terima kasih. Pucuk dicita ulam mendatang. Sorry xde kaitan. J


p/s: Tengs to him sebab bangun pagi buat solat hajat, solat tahajjud and baca yassin for me. So proud of you my dear. 

Labels:


BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Saturday, May 26, 2012 @ 9:45 PM | 0 Comment [s]


                HAHA, tajuk entry kali ni pasal budi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Cehh,formal gilerr entry aku kali ni. Kalau kita perhatikan dunia yang serba canggih dengan IT nih, manusia sekarang tak lagi face to face dengan orang tu if nak nasihat ke hape ke kan, apa yang diorang buat? Update dekat  FB, update dekat twitter, dapat like byk2 kunun2nya die jelah yang betul dalam hal ni. Bila kau update kat status. Sebagai contoh  à “aku terasa dengan kau bila kau panggil aku gemukk. Benci nyaa dekatt kauu”. Then , terus lha friends dekat FB bertanya, sape weyy, sehingga lah berlarutan ke komen yang mengutuk balik kawan yang panggil die gemukk tuh. Okey, cuba bayangkan,apabila kawan yang panggil die gemukk tuh , baca status yang die tulis, dengan bace pulakk komen duk kutuk2 kat situ, tak ke  nanti akan jadi KUNG FU FIGHTING di situ? Moral of the story. Just jumpe depan2, bagitahu depan, luahkan depan2, jangan luahkan di belakang, just state kan ape yang kita terasa, jangan pendamkan.  kelak terbakar emosi yang dah tak terkawal tu.
                Itu kepada kawan. Kalau pada pasangan kita pulak, tak payah lah kau nak marah BF kau dekat FB sume, bila kau berbaik dengan die, mulalah kau panggil die baby , bila gaduh, bertukar baby kepada BABI. Oppss. Terasa di situ ?  benda ni banyak sngt berlaku pada kawan2 aku yang bila gaduh mcm ni lhaa jadinya, bila kita nasihat, dia dengar, then bukan nya buat pun ape yang kita nasihat tuh.  Sebagai contoh à  “Kau jangan bagi muka sangat dekat BF/GF kau tuh, kau biar je dia rasa mcam mana sakitnya hati kau bila kena benda yang sama dekat dia”. Then si kawan ni pun dengar lha siap angguk2 sume. Tup2 esoknya, dah berbaik pulak, aishh kejap sangat bagi chance ni. Bukan kita mendoakan tak baik dalam hubungan diorang ni, tapi kalau tengok si kawan ni asyik dok nangis2 kat laki tuh, sape lha yang sanggup kan? So lepasni, bila si kawan ni datang ngadu kat aku, aku jawab jelah, ikut kau lah jahh oiii nak buat ape, den tak de kuasa nak melayan. HAHA. K, bye.
p/s: Aku dah try ckp depan2 kat kawan aku ni, x jalan jugak. Last2 , aku ignore je. haha

Labels:


Sunday, May 6, 2012 @ 11:23 AM | 0 Comment [s]

Ya Allah, Kau kuatkan semangat aku untuk bertahan dalam hubungan yang dibina ini. Dua hati yang telah saling merindu sangat sukar untuk di pisahkan. Tetapkan hatinya jika benar dia adalah jodohku. Campakkanlah rasa benci ku kepadanya jika dia bukanlah untukku di akhirnya. Ya Allah, sesungguhnya tempat ku bergantung hanyalah pada-Mu, semoga hidayah dan rahmat-MU sentiasa melindungiku. Banyak cubaan yang perlu dilalui saat ini. Ku hanya mampu berdoa. Ya Allah, semoga kesihatan adik kesayanganku cepat sembuh.

Labels:


Semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah S.W.T
Friday, March 23, 2012 @ 2:07 PM | 0 Comment [s]


Assalamualaikum semua silent readers.
                Pagi ini, pukul  4.45 pagi, aku menggigihkan diri untuk menaip.  Padahal mata dah mengantuk sangat ni. Serius, takleh buka langsung. Hmm, dah lama dah bersarang diari kat blog aku ni. Hari ini, aku rasa nak share sesuatu yang aku rasa aku nak luahkan dari lubuk hati aku ni.  Actually, sejak dua menjak ni aku tak cukup tidur. Menyiapkan segala assingnment yang berlambak serta tutorial yang terlambak juga. Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan mengikut waktu yang dikehendaki. Cuma aku letih je lately ni. Kelas yang aku selalu tertidur adalah kelas calculus. Entah kenapa. Mungkin sebab kelas math yang time  petang kutt, tapi aku tidur kejap jela mcm 10 minit gitu. Hihi. Actually, aku ada benda bahagia nak bagitahu ni. Aku punya hati dah kena curi dengan orang tau. Haha. Kami dalam proses mengenali. Aku bersyukur sangat dapat mengenalinya. Sebelum ini, aku sentiasa berdoa agar dapat dipertemukan dengan lelaki yang baik, yang boleh membawa aku ke jalan yang benar. Bukanlah aku bermaksud dulu aku di jalan yang salah, tapi yelaaa, namanya manusia. Sentiasa membuat kesilapan kan. Syukur sangat. Banyak sangat yang aku pelajari darinya. Ilmu agama aku tak setinggi dia, tapi aku boleh belajar darinya. Mungkin hidayah Allah hadir melalui dirinya untukku. Okeylah, selamat pagi ye semua. Aku mahu tidur lah. Jangan lupa bangun solat subuh esok ye. 

Labels:


Entri kali ini adalah karangan Bahasa Melayu
Tuesday, January 10, 2012 @ 9:05 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum, hello, kabare? Waras ka?
Alhamdulillah, aku baru je selesai menjawab paper ketiga aku pagi tadi pukul 11.30 bertempat di Dewan Ungku Aziz. Gah kan nama dewan aku ( bukan dewan aku lah, dewan dekat tempat aku belajar) ? Sebab ini adalah bangunan peperiksaan yang  sangat2 lah baru. Sangat cantik. Cermin kaca gituuuuu. Em, hari ni sebenarnya hari yang sangat menduga aku. Hari yang aku rasa aku letih yang teramat sangat. Namun ku gagahi jua diriku ini untuk merentasi dugaan ini. Pagi tadi sebelum g dewan peperiksaan, aku dah cuai, alpa, n serabut.
Macam ni ceritanya. Semalam aku dan bebudak bilik aku semua tidur lewat. Dalam pukul 2 pagi baru kitorang tidur selepas berovernite dengan buku. Lagi 30 minit nak tidur, aku dengan kawan aku buat aksi yang mereleasekan tension kitorang. Pasang lagu kuat2, nyanyi, joget2. HAHA. Lepas tuh, aku terus tidur. Kitorang decide nak bangun pagi lha kononnya, memang bangun pun, target 6.00 pagi bangun, tapi kitorng terlajak sampai pukul 7.15 pagi.HAHA. Time tuh masing2 lepas solat subuh,  sume terus khusyuk duk study mengadap buku. Ahh, mata aku tak leh nak buka time tuh. Ngantuk yang teramat sangat. Then lepas baca apa yang patut ( taktahu lah apa yang aku baca masuk ke takk), pukul 7.45 pagi, aku tarik selimut, terus tidur, Krooohhh. HAHA. (padahal azam 2012, xnak tidur lepas subuh). Kawan aku pun sama. Baring sebelah aku, peluk aku ( ni aku tipu je) terus lelap tidur.
Sebelum tuh, aku buat alarm 8.45 pagi, bajet konon-kononnya tidur sejam jelah kan. HAHA. Then, nak tahu kitorang terlajak tidur sampai pukul berapa? 9.45 pagi kauuu! Dahla exam start 11.30 pagi, tunggu bas sejam lagi. Arghhh! Ape lagi terus lah g bilik air, mandi seperfect yang mungkin. Siap2 sume, aku sempat lagi buat nescafe sejuk plus sumbat roti dekat mulut, turun bilik dengan excitednya. Sampai je kat bawah, aku jerit kat roomate aku, “Alaaa, weyy, aku pakai selipar jamban pula” . Waduhh, terpaksa lah aku berlari anak2 menuju ke bilik. Nak naik lif lambat sungguh nak tunggu. So menggunakan tangga jelah. Sepantas kilat aku pergi. Jam dah menunjukkan pukul 10.15 pagi. Selalu bas ada time macam ni. Apa lagi, aku terus berlari ke bawah. Alhamdulillah, 5 minit kemudian bas pun sampai.
Aku sampai kat dewan lebih kurang pukul 10.30 pagi gituu. Cepat2 cari Dewan 1, pastu tengok2 keliling, cari ada ke membe2 yang aku kenal. Mata aku terus terpandang sorang budak laki ni. Biar aku assume dia sebagai N jelah. Aku memang rapat dengan dia. Kalau kelas tutorial, selalu je pergi dengan dia, study sesama. Then, kitorang duk bincang lah. Tapi bukan bincang paper nak exam japg, HAHA, kauu tahu kitorang bincang ape? HAHA. Kitorang bincang nak amek apa SEM II nanti. Aku suh dia amek sama dengan aku. Takda lah aku sorang2 nanti. Then barulah datang beberapa kawan aku yang lain. Suma sama kos dengan aku. Then kitorang pun bincanglah lagi sekali perkara yang sama. Ehm, lepas sejam kemudian, dah kena panggil masuk dewan. Ya Allah, time tuh barulah aku nak duk selak2 buku.
Nak tahu takk? Sebenarnya aku tak tahan nak seeshhi( istilah membuang air). Bayangkan 2 jam aku duk menahan kat dalam dewan tuh, fuhhh hanya Allah je yang tahu apa yang aku rasa. Keluar dewan , terus pergi  cari toilet. Aku langgar je semua orang kat tepi aku. HAHA. Kejam kan aku.  Sampai kat toilet, fulamak, ramainya manusia. Siap kena amek turn tuhh. Ahh! Tak sanggup aku menunggu. Aku terus matikan niat aku nak buang air. Aku boleh bertahan lagi. Then aku dengan kawan aku gerak pergi Fakulti sebab nak amek bauncer RM200. Thanks to belanjawan 2012 kerana meringankan beban aku SEM II nanti.HEHE. Sampai dekat fakulti, terus aku gerak pergi toilet.
   Lepas amik baucer, ingat niat nak terus pergi makan. Tapi kawan aku pula ajak pergi jumpe sorang lecturer ni untuk minta nota. Time tuh dah pukul 3.15 petang. Perut dah la tak isi nasi lagi ni. Takpa aku gagahkan juga diri aku ni nak pergi jumpe lecturer tuh.Tak payah susah2 aku nak download kat lappy aku, terus print je nanti. Sampai kat bilik lecturer tuh, rupanya aku tak bawa pula pendrive, kawan aku pun sama. Nasib baiklah kolej kawan aku dekat dengan Jabatan lecturer tuh, so geraklah kejap pergi amek pendrive. Time tuh dah pukul 3.45 petang. Panas terik pula tuhh. Dugaan sungguh hari ni. Lepas je download nota dari lecturer tuh, terus g fakulti untuk proses print pula. Dugaan lagi. Aku salah print pula. Then printer kat fakulti tuh pula buat hal. Nasib baik abg kat situ baik. Dia kira lebih kurang halal jela yang rosak tuh. Padahal kesalahan aku pula tuh. TQ abg hensem!
Dalam pukul 5.30 petang baru selesai sume tugas tuh. Kesian dekat kawan aku, kena tunggu lama. Dahla dia nak balik rumah time tuh. Sorry syee. Tapi tqsm sebab sanggup menunggu. HEHE. Lepas tuh, sampai kat bus stop, terus aku call mak aku. Aku luahkan apa yang aku rasa. Rasa lega sangat bila bagitahu apa yang jadi dekat mak. Rasa penat tuh tiba2 terus hilang je. Then lepas tuh, bas aku pun sampai, sampai kat kolej dalam pukul 6 petang camtu. Terus aku gerak dengan selajunya pergi cafe. Sampai je cafe, aku letak barang2 aku sume atas meja. Tiba2 aku teringat. Arghhh! Dalam wallet aku ada rm211. Tapi RM200 tuh bauncer buku punya. So sebenarnya aku ada RM1 aje dalam wallet aku ni. Rasa nak nangis duhh time tuh.
Punya lah tadi aku gerak dengan laju. Sekarang dengan lemah longlainya, aku menuju balik ke bilik. Badan aku dah rasa menggigil sebab rasa yang teramat lapar sangat. Ni kali pertama aku rasa lapar macam ni. Dapat aku bayangkan orang yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sampai bilik, aku terus rehat. Mak aku cakap terus tidur mungkin boleh hilangkan lapar. HAHA. Tapi aku tak tidur pun sebab time tuh dah lepas Asar, aku takut nanti aku letih pula bila bangun. Apa yang aku buat, aku online FB lah. HEHE. So lepas solat Maghrib, aku terus gerak turun pergi cafe. Aku makan dengan junior maktab aku dulu. Aku belanja dia sebab yelaa ada rezeki lebih. Better share dengan orang kan. Ye dakk! Okeyhh, aku sangat rajin menaip malam ni. Sebab itu entry ni sangat panjang dari sebelum ni. Pengajaran yang aku dapat hari ni. Tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perkara. Rancang dulu sesuatu perkara yang kita nak buat. Akhir sekali, sediakan wang yang secukupnya dalam wallet. HEHE. Okey, selamat malam. Krooohhh..


Labels:


Aku berserah
Friday, January 6, 2012 @ 10:49 AM | 0 Comment [s]

Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini.
 Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dan semangat yang kental untuk hadapi segala ujian-Mu ini. 
Amin ~ 

Labels:


HARI PERTAMA EXAM
Monday, January 2, 2012 @ 8:46 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum pembuka bicara,
Gedik santai bersama saya,
Aku tak pandai sangat untuk berbicara,
Cukuplah sekadar mencoret rasa.

        Wahhh. Kelassss gituu nyahhh aku punya pantun. Alhamdulillah, aku baru saja selesai jawab exam paper pagi tadi. Paper yang diwajibkan untuk semua budak U ambil iaitu Asas Keusahawanan. Subjek yang sangat-sangatlah membosankan. Kalau aku datang kelas ni, sekadar nak penuhkan attendence aku je. Dahla lec nya sepanjang masa dok berspeaking omputeh hanya sebab ada International Student. Bagi aku, subjek itu perlu di ajar dalam Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ibunda kita sendiri. Aku rasa, budak2 international sepatutnya wajar untuk belajar Bahasa Melayu untuk menunjukkan yang diorang ni betul2 nak belajar dekat Malaysia dan menerima bahasa perantaraan kita. Perumpamaan ini samalah macam student kita yang nak sambung belajar dekat Jepun( tak kesahla mana2 U kat oversea) haruslah ( dalam erti kata lain, wajiblah ) untuk mempelajari bahasa Jepun sebelum berlepas ke sana. Siap ada kelas persediaan lagi. So, kesimpulannya, aku harap subjek ni di ajar dalam Bahasa Melayu. Sebab exam yang aku jawab tadi ialah Bahasa Melayu. Aku rasa tak adil lah, kalau lec ajar omputeh , soalan Melayu pula. Haishhh!

        Okeyyy, yang sebenarnya benda lain yang aku nak sampaikan. Hari ini atau erti kata lain pagi tadi bertempat di Dewan Peperiksaan merupakan hari famous aku. Nak tahu sebab apa? Sebab 2 kali aku kena panggil kat depan dewan. Bapak malu duhh. Dahla time tuh, aku tgh dok berborak sakan dengan membe aku lepas kertas exam kena kutip. Tiba-tiba pengawas tuh mention no ic 920124-04- tett , please coming forward. Dua kali pula tuh dia ulang. Pastu baru aku angkat tangan. Haha. Malu seyh kena pergi depan. Semua orang pandang aku.(kat dewan tuh, ada 200 lebih tak silap aku) Rupa-rupanya aku tersilap isi borang OMR tuh. Then aku pun datang depan, betulkan apa yang patut dan duduk semula kat tempat aku. Pastu aku sambung borak lagi dengan kawan aku.Bla bla bla, pokpek pokpek. Tiba2 pengawas tuh sebut lagi 920124-04-tettt, please come forward again. The person just now. Mak oihhh apa lagi yang aku silap ni. Then aku pun wat la muka selamba badak aku pergi depan balik. Rupanya aku tak isi no matrik aku. Apa punya excited lah aku jawab soalan ni tadi. First time kutt dalam sejarah hidup aku, aku tersalah benda kecikk macam ni. Permulaan tahun 2012 dah buat slack kat aku. So lepas ni, aku kena pastikan aku tak buat lagi careless mistake. Aku kena berhati2 (semangat yoo). Kena dengar dulu arahan pengawas. Jangan excited sangat jawab soalan.HAHA. Apa2 pun aku lega sebab dah lepas satu paper. Aku target A untuk paper ni. Doakan aku ye. Lepas ni, aku ada 4 lagi paper yang menanti. Harap2 sumanya berjalan dengan lancar. Okeyylah, mahu sambung study. Papai, peace yoo!

Labels:


MOOD EXAMINATION :)
Sunday, January 1, 2012 @ 12:52 AM | 0 Comment [s]

                             Tahun dua ribu dua belas , tahun lembaran baru buat aku.  Aku tak pasang apa2 impian pun memandangkan impian dua ribu sebelas aku masih lagi belum tercapai. Insyaallah impian tu akan aku laksanakan tahun ini. Untuk permulaan tahun baru ini, aku  busy sangat dengan exam yang akan start 3hb hingga 19 hb Jan ni. Macam2 benda nak study. Maklumlah study last minute punya pasal. Lagipun aku tak leh study awal minute (ada ke istilah ni, ape aku kisah nyahh) sebab nanti aku lupa. Cuma yang aku buat adalah latihan berterusan. Tapi kena buat tiap2 hari lah. Orang kata aku ni rajin sangat study. Memang la, aku ambil math mesti kena selalu buat latihan. Bukan rajin, tapi dah memang aku kena buat latihan tu (kes terpaksa ni). Bila nak dekat exam ni, baru aku perasan, macam baru semalam je aku jejakkan kaki aku dekat U. Macam baru semalam je aku bayar yuran. Macam baru semalam je mak aku kemaskan barang2 dekat bilik aku ( bukan kes membuli tau, mak aku yang sponsorkan diri nak tolong)hehe.  dan macam baru semalam je aku habis matrik. Dan macam baru semalam, ehh berapa banyak la nak semalam. Tapi memang aku dapat rasakan masa berlalu tersangat pantas . Laju sepantas kilat. Korang perasan tak ?Tup tap aku dah habis semester 1. Padahal selama ni asyik duk melepak je tak tentu hala, ishh2 anak sapa lah ni.

                            Macam2 pengalaman yang aku dapat bila masuk U. Jiran depan bilik sombong, tak bertegur sapa, jiran aras atas pula yang duk bertegur dengan aku. tapi aku dapat rasakn bila masuk U ni. rata-rata semua orang buat hal sendiri. Macam tak endahkan orang sekeliling je. Tapi apa yang aku buat. aku layan je semua orang. And bila dah masuk U ni, mestilah yang paling penting ialah kena buat ASSINGMENT. Kenapa aku boldkan, sebab student mostly alergik dengan perkataan ni. Biasalah budak U, macam2 assingment kena buat. Dapat assingment semalam, kena hantar hari ini. Itu kalau satu subjek takpe, ini mostly semua subjek nak ada assingment. Itu boleh dimaafkan lagi, tapi yang tak boleh blah bila dekat nak exam , time tu lah lec nak buat test bagai. Mana tak senget kepala aku duduk kat U ni. Tapi aku bersyukur bangat , aku punya teman  yang datang membantuku buat kerja ( dialek indon jap, mane tahu ada budak indon baca blog aku ni) hehe. Dan sekarang busy untuk preparation exam pula. Tajuk yang aku nak belajar time dulu-dulu, dah pun aku habis cover.  Nasib lah ada study week, kalau tak, memg tak habis lah aku nak study. Okeyy, exam kali ni aku ambil 5 paper merangkumi 18 jam kredit. Aku harap aku dapat buat yang terbaik, hope segala usaha aku selama study week ni membuahkan hasil  4 FLAT. Amin (Korang doakan aku ea, sayang korang)

Labels:


Ini adalah entri pertama aku
Saturday, December 31, 2011 @ 11:30 PM | 0 Comment [s]

Aku baru lepas call kau tadi. Kau terus wish tahun baru kat aku. Kalau sebelum ni, mesti kau sebut nama aku setiap kali aku call kau. Aku tak kesah. Sebab kau dan aku dah takda pape. Aku paham duh. Memang dulu aku pernah buat kau terluka, aku ngaku aku salah. Tapi kau tahu kan aku terpaksa buat semua tu. Kau tahu kan sebenarnya aku tak rela pun nak tinggalkan kau. Aku tahu masa tuh kau tak putus asa menanti aku. Tapi pilihan sudah aku buat. Aku tinggalkan kau untuk orang yang ku sayang. Cerita kau dan aku berakhir sampai sini. Ayat kau masih aku simpan. Ada dalam hati aku ni. Esok akan start tahun baru. Dan esok juga, aku kena kuatkan hati aku untuk lupakan kau dalam hidup aku. Aku doakan kau berjaya dalam hidup kau.

Labels:



| Newer Post
Profile


Hello There. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment on my tagboard.

Entry Profile Links



Tagboard

Thank You
Template by : Nur | Izzati
Background : Faqihah
Full edited by : Pyka